I'm born in this world to search what actually my happiness and finally in silence i found it. My true happiness is be with you and beloved by you (:
Assalamualaikum semua . Maaf kerana sudah lama saya tidak mengupdate blog ini . Hari ni ialah hari yang paling sesuai untuk saya luahkan segalanya yang saya pendam selama ini .

*Take a deeply breath* As usual , ramai yang sedang bercinta kan sekarang ni ? Ada yang kekal and ada yang tak kekal . Takpe itu semua kentetuan Allah S.W.T . Tapi kisah yang saya ingin kongsi bersama anda ni berbeza sikit . Pada tahun 2011 , saya meminati seorang lelaki ini . Actually kami satu sekolah sejak sekolah rendah lagi , tapi tahun 2011 itulah membuat saya dengan dia jadi rapat . Terlalu banyak perkara dan cerita yang kami kongsi bersama . Pada masa itu juga dia sudah dimiliki oleh seseorang tapi mereka tak kekal lama . Dia menceritakan segala cerita tentang bekas kekasihnya itu dan saya menjadi pendengarnya . Hanya nasihat dan kata-2 semangat sahaja yang saya berikan kepadanya agar dia boleh move on . 

Tahun 2012 , hubungan kami sebagai kawan telah diketahui oleh semua budak di sekolah saya . Boleh dikatakan tiap-2 hari saya dan dia akan text . Apabila di sekolah kami kena bahan dengan kawan-2 kami . Dia baik orangnya . Semakin hari , semakin rapat , perasaan itu mula timbul . Saya tak sangka yg kami boleh menjadi rapat . Sudah masuk bulan 6 , perasaan sayang itu tidak boleh dinafikan lagi . Dan timbul lah satu situasi yang membuatkan perhubungan kami renggang apabila bekas kekasihnya muncul dalam kehidupannya balik . Saya mula redha dan pasrah jika kehilangannya tapi sebaliknya benda lain yang berlaku . Orang yg saya syg dan hormat akhirnya berubah menjadi orang yang paling saya benci apabila dia memaki hamun saya hanya kerana pasal bekas kekasihnya itu . Saya tidak dapat terima dengan keadaan mcm tu . Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu bagaimana sakitnya perasaan saya pada waktu itu . Sekian lama tidak berhubungan dengannya , akhirnya dia muncul balik dalam kehidupan saya apabila dia meminta maaf kepada saya . Senyuman di muka saya tidak henti walaupun banyak kesalahan yang di lakukan terhadap saya . Akhirnya kami berbaikan tapi tidak rapat seperti dulu .

Tahun 2013 , kami bertegur antara satu sama lain dan masih anggap sebagai kawan . Segala kisah yang sudah berlaku pada tahun lepas , sudah saya lupakan . Andai dia dapat tahu bahawa selama ini saya tidak mencari cinta kerana siapa , mesti dia akan hargai saya . Saya hanya menyayangi dia dan akan terus menunggunya sehingga saya mendapat kebahagiaan sendiri . Apabila kita sudah menyayangi seseorang , sudah tentu susah untuk kita melupakannya . Setahun 4 bulan saya keseorangan hanya kerana menunggu seorang lelaki yang saya paling sayang dan terlalu banyak benda yg saya korbankan hanya untuk dia termasuk cinta saya (': Setakat ini sahaja cerita saya . Terima kasih kerana membacanya . Assalamualaikum .